
Nama Penuh : Muhammad Faisal Bin Abdullah
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 24 Februari 1987
Tinggi : 169 cm
Berat : 66 kg
Hobi : Bola sepak, Futsal, Tenis
Deskripsi : Seorang jejaka yang meminati irama nasyid. Aktif nasyid sejak di bangku sekolah lagi. Selain menyanyi, menyimpan cita-cita, untuk menjadi pegawai polis.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sejak berumur 10 tahun di sekolah rendah
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Lakonan
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Berlakon, Mengacara
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Meneruskan pelajaran dalam STPM dan menyanyi sambilan
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin berjaya dalam setiap bidang yang diceburi
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Langit Biru (Mawi)
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Selawat 3 kali dan menarik nafas panjang
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Terjatuh basikal di depan khalayak ramai semasa berusia 13 tahun
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Apabila kedua-dua orang ibu dan ayah menyaksikan saya berjaya mendapat Anugerah Pelajar Ko Kurikulum Terbaik
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas vokal
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Kekurangan sumber kewangan
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Semasa menunggu giliran dan beratur panjang
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
90 %
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menjadikan irama nasyid atau lagu-lagu Melayu irama yang dapat berdiri sama tinggi dengan irama Barat
Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Tanah Suci Mekah
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Membaiki dan menaik taraf infrastruktur kawasan dan taraf ekonomi
Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Tongkat Ali, berkesan merawat penyakit
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Tetap pendirian, versatile dan mampu menarik perhatian ramai
Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Semoga AF akan maju dan lebih mantap dari AF yang sebelum ini
Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Memanjatkan rasa kesyukuran terutama kepada Allah S.W.T Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah, tenaga pengajar, krew Astro, dan tidak lupa kepada pengundi yang banyak berjasa
(kredit gambar: http://sulaimanakhlaken.fotopages.com)