April 29, 2008 at 6:17 pm | Admin Blog, Aktiviti Peminat, Umum
- Posted by Blog Admin |

Salam..
Setelah bertungkus lumus menggodek itu dan ini, FaisalFC kini berkulit baru (insyaAllah xde tukau2 lagi). Dengan dilengkapi dengan CMS Joomla+ SMF (forum asal FaisalFC). Kepada pengguna² lama Forum Faisal FC, anda hanya perlu retrieve / reset password anda (wajib buat). Sekiranya gagal, anda tak dapat login. Sekiranya anda sume ade masalah akses ke Portal baru ini, sila hubungi user bernama PaanMFR (me).
Salammm….
http://www.faisalfc.com
April 18, 2008 at 3:09 pm | Umum
- Posted by 033589 |
kepada farhan @ paan blog administrator…kami ingin ucapkan selamat ulang tahun yang ke25 pada 17hb April..walaupun dah terlepas…tapi bolehla ek..sehari je kan….semoga terus berjaya dalam kehidupan, berbahagia dengan insan-insan tersayang dan terus menyokong artis sokongan kita iaitu faisal sampai bila..moga2 di berkati Allah hendaknya..insyallah… 
April 1, 2008 at 10:37 am | Admin Blog, Umum
- Posted by Blog Admin |
Petikan daripada blog Budiey (www.budiey.com)
Berita yang baru Budiey terima, pelakon dan pelawak veteran Yusni Jaafar telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Selayang dalam usianya 62 tahun.Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di Subang Jaya dan akan dikebumikan hari ini. Pada bulan Februari yang lalu, seniwati terkenal ini telah terlantar sakit tenat akibat mengalami kerosakan hati yang sangat kritikal.
Sebelum ini, banyak cerita yang kita dengar tentang penderitaan hidup arwah di mana dia dikatakan tidak dijaga oleh anak-anaknya. Kesian sungguh ibu kepada Raja Ema ini.
Budiey dan seluruh pembaca Sensasi Selebriti ingin menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita akan kembali. Amin.