Faisal - Salaam..

Blog Faisal Abdullah (FAISAL) - Akademi Fantasia 6






(Click image to enlarge)

credit to ASTRO, murai.com.my and mrmanager.blogspot

Perjuangan Faisal di Akademi Fantasia berakhir di konsert minggu keempat. Walaupun terkeluar, persembahan Faisal bukanlah the worst performance untuk konsert keempat ni. Persembahan Faisal telah menunjukkan peningkatan berbanding konsert minggu lepas. Faisal keluar dengan bermaruah. Tersingkirnya Faisal pada minggu ini tak bermakna berakhirnya perjuangan dalam bidang seni. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. InsyaAllah rezeki Faisal masih ada di luar AF nanti.

Faisal Keluar Dengan Maruah

Mungkin terlalu lewat untuk Faisal meyakinkan para pengundi. Penonton bagaikan tidak mahu mengubah kedudukan Faisal di kedudukan terbawah sehingga diumum tersingkir pada Konsert Keempat Akademi Fantasia 6 sebentar tadi.

Faisal yang sebelum ini sentiasa bermasalah dengan nyanyiannya sehingga digelar ‘Tone Deaf’ telah menyebabkan Pengetua memberi amaran awal untuk menghentikan persembahan sekiranya wujud masalah serupa minggu ini. Pun begitu, lagu Joget Bunga Melati dendangan penyanyi asal, Halil Chik, berjaya disempurnakan Faisal malam ini mengikut piawaian Pengetua kepadanya.

http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/

Komen pengkritik:

Kak Ogy - Persembahan yang hambar. Anda perlu lebih berimiginasi dan mewarnai lagu ini
Ning - Suara yang berlainan ditonjolkan. Bunga dan lenggok asli tidak berapa menjadi. Perlu bekerja lebih kuat pada tonasi nyanyian.
Adlin - Anda kelihatan terlalu berhati-hati. Oleh kerana anda terlalu berhati-hati kepada aspek nyanyian, tiada yang menarik pada persembahan anda.

Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Pun begitu, Pengetua bagaikan begitu risau dengan perkembangan pelajar minggu ini. Sama-samalah berharap akan berlaku magik pada Konsert Keempat Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)

Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:

ALIF

Tiada banyak komen yang boleh dibuat. Nampaknya tempoh dua hari belum cukup untuknya berlatih dah bersedia menyanyikan lagu yang terpaksa ditukar di saat akhir ini. Dia masih belum dapat menghafal hampir keseluruhan lagu ini.
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

FAISAL

Bagaikan tersentak dengan ugutan Pengetua, Faisal nampak bersungguh-sungguh menyanyikan lagu ini. Memandangkan dia akan menyanyikan irama asli, maka persembahannya perlu lebih ceria dan perlu lebih berinteraksi dengan penari latar.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

NADIA

Mengekalkan momentum minggu lepas, Nadia nampak lebih yakin menyanyi di pentas. Cuma nyanyiannya masih belum cukup lembut dan perlu lebih menambah senyuman mengiringi sebuah nyanyian irama asli ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

NUBHAN

Suatu persembahan yang sederhana tetapi cukup menghiburkan. Dia Cuma perlu menyuntik sedikit tenaga lagi dan menambah keceriaan terhadap lagu ini. Nyanyian gemersiknya pasti mampu mengimbas memori peminat lagu ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

RINA

Seperti biasa, Rina sentiasa memberikan yang terbaik terhadap semua tugasan yang diberikan. Cuma dia seperti tidak cukup ceria menyanyikan lagu ini. Kelainan pada konsert nanti pasti akan memberikan lebih tenaga pada persembahannya.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

RIZ

Persembahannya tetap memukau walaupun ada bahagian yang dia masih tidak menghafal lirik. Dibantu penari latar dan tarian yang hebat, menjanjikan sebuah persembahan yang menghiburkan.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

SAIDA

Menyanyikan lagu adik sendiri, mungkin menjadi masalah utama Saida. Namun, jika masalah itu dapat dibuang jauh-jauh, pasti penonton bakal dihidangkan dengan suatu persembahan yang menarik.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

STACY

Menyanyikan lagu sendiri menjadi kelebihan buat Stacy. Apapun yang bakal dipersembahkan nanti, Stacy perlu melakukan yang terbaik agar lagu yang akan diperdengar buat pertama kali ini, suatu persembahan yang diingati.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

STANLY

Mungkin kedudukan tubuhnya yang tidak selesa menyanyi di kerusi pada sepanjang persembahan, meneybabkan ada ketika vokalnya bagaikan tenggelam. Dia patut membuktikan kemampuan vokal yang ada pada lagu ini.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

TOI

Tidak seperti minggu lalu, Toi nampak tidak yakin dengan persembahnnya. Dengan lirik yang masih gagal dihafal, pergerakkannya juga kucar kacir. Persembahannya membosankan. Dia perlu melakukan magik!
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

Dalam kesuntukkan masa tidak sampai 24 jam, apakah pelajar ini mampu melaksanakan tugasan keempat pada malam ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Keempat Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Sumber : http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/

Komen pengkritik:

Kak Ogy - Maksud lirik tidak kesampaian dan bukanlah sesuatu yang ‘wajib’ untuk seorang penyanyi rock untuk berkangkang.
Ning - Kesalahan bermula sedari nota pertama. Anda perlu mengingati lirik dan melodi seperti anda makan dan minum.
Adlin - Sumbang.

Minggu ke-3 ni persembahan Faisal tidak berapa baik dan banyak dikritik oleh pengkritik-pengkritik. Dari awal nyanyian lagi, sudah kedengaran ada yang tak kena.

Walaupun begitu undian masih menyebelahi Faisal, Alhamdulillah. Semoga Faisal tidak menghampakan peminat yang mengundinya untuk melihat Faisal membuat persembahan yang baik di konsert minggu ke-4 nanti. Semoga berjaya!

AFUNDI FAISAL

Salaaam…

Bismillah..

Ning - tebus dosa lalu, dah buktikan anda boleh lakukan, walaupun masih ada pitching problem, penguasaan pentas yang bagus, percaya pada diri.
Aidit - menyanyi seperti tidak mengikut band, tempo problem.
Adlin - kangkang 80 markah, lompat 10 markah. tahniah untuk awak.

Konsert AF minggu ini penulis tidak dapat mengikuti secara langsung di dewan. Sebabnya penulis berada di Melaka (bercuti). Namun dapat jua mengikuti walaupun hanya dengan suara sahaja. Terima kasih kepada Radio No 1 Malaysia. Keyakinan Faisal pada minggu ini semakin meningkat walaupun masih ada rasa sangsi ketika membuat persembahan.

Feel persembahan Faisal pula masih belum menyerlah. Nyanyian rock namun masih feelnya agak tenang.. Harap dapat diperbaiki lagi di kelas umi Fauziah. Isu lompat pentas pula.. Ramai yang beri feedback yang berbeza.. Ada yang kata basi, ada yang kata ok.. Bagi penulis, bentuk persembahan jika diberi kelainan, akan lebih menarik. Tak kisah lah berulang atau tidak. Gelek punggung Lufya dalam nyanyian dangdut pun adalah siaran ulangan daripada AF musim2 lalu juga kan? OK, no komen about pelajar yang lain. Mereka dah lakukan yang terbaik yang mereka mampu.

Suara.. dikatakan meniru.. Penulis tertanya-tanya, suara Ustaz Asri sama dengan suara Awie ek? Maybe kita boleh mintak Faisal mengaji dan kita akan katakan Faisal mengaji tiru suara Ustaz Hassan Azahari (Ayah Dato’ Jalaluddin Hassan). maybe lah kot.. Eh.. bias dah ni.. hahaha.. mesti la bias. Penulis sokong Faisal.. Dakwaan sesetengah pihak bahawa suaranya meniru penyanyi asal hanyalah dakwaan dan pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya tidak seperti Mawi yang kadang2 meniru suara Jamal Abdillah dan Heliza yang selalu meniru suara Dato’ CT.. (sowi ija.. nanti paan bagi cokolat ek).

Apa pun, keseluruhannya, persembahan Faisal minggu ini lebih baik daripada minggu lepas dan berjaya menawan semula hati peminat untuk mengundi Faisal. tahniah kepada Faisal dan tahniah kepada pengundi Faisal. Teruskan AFUNDI anda.

Komen Juri:
Ning: Anda mempunyai masalah pitching. Lagu ini mempunyai banyak pesanan dan mesej tetapi tiada dalam penyampaian anda. Berikan lebih perhatian kepada pendengaran muzik.
Ajai: Anda perlu berhati-hati agar tidak menghidapi ‘tone deaf’
Kak ogy: Anda tidak memahami lirik lagu hingga tidak dapat menyampaikan mesej lagu ini.

Komen Penulis:
Minggu pertama merupakan minggu yang sangatlah penting. Persembahan yang memuaskan hati juri, bakal menyelamatkan diri di Akademi. Seharusnya lagu2 nasyid boleh dibawa Faisal dengan agak mudah dan selesa. Namun, lagu yang dipilih tersangatlah berat kerana dinyanyikan oleh Ustaz Asri (Rabbani). Bayangkan lagu yang dinyanyikan oleh orang yang bisa digelar sifoo dalam industri nasyid ini.. lenggoknya, adlibnya, vibretonya.. Mungkin faisal boleh pilih lagu2 yang biasa Faisal nyanyi ketika di FE dulu. Just my 2 cents.

Untuk minggu kedua, penulis berharap Faisal dapat memulihkan apa yang telah goyah, demi diri, dan juga peminat serta pengundi Faisal. Penulis tahu, Faisal mempunyai disiplin menuntut ilmu yang baik. Dan juga jangan kekok dengan tarian terutamanya tarian Menuju Puncak. Penulis melihat Faisal agak kekok ketika menari Menuju Puncak. OK.. all the best!! Salaammmm….

Salam All..
Sudah bersedia untuk konsert AF6 minggu pertama??
Sudah siap dengan sepanduk?? Kami sudah!!
simple sahaja, cuma agak ranggi berbanding sepandul COOL kami musim lalu..

Faisal Cool