Faisal - Salaam..

Blog Faisal Abdullah (FAISAL) - Akademi Fantasia 6

Dalam diari minggu ni, persembahan Faisal nampaknya ada peningkatan berbanding minggu lepas. Mungkin kerana lagu ni agak senang dibawa dan mendapat perhatian lebih sedikit dari tenaga pengajar selepas dikritik teruk untuk persembahan konsert minggu lepas. Namun, masih ada yang perlu diperbetulkan. Kawal perasaan gugup tu. Semoga Faisal dapat menyampaikan lagu ini dengan baik pada konsert keempat nanti. InsyaAllah.

AFUNDI FAISAL

Lepas konsert kedua minggu lepas, kedudukan Faisal dalam Carta Pilihan Pengetua dah berubah. Sekarang kedudukan Faisal naik empat tangga dari kedudukan tercorot (14) ke tangga yang ke 10. Yang berada paling bawah dalam Carta Pilihan Pengetua ni ialah Naim. Ramalan pelajar yang terkeluar dalam diari EXT pun tiada yang meramal Faisal akan keluar. Tapi itu hanya ramalan. Semuanya terletak di tangan pengundi.

Walaupun tiada yang meramal Faisal akan keluar, Faisal masih berada di kedudukan yang tidak selesa dalam kedudukan AFUNDI. Keputusan terkini yang disiarkan dalam diari EXT kedua untuk minggu ketiga (4 April, 9.30 mlm) ni, Faisal ditempat yang paling bawah. Kedudukan Faisal ni mungkin bergantung kepada persembahan Faisal di konsert ke-3 malam esok. Kalau persembahannya ok, mendapat pujian pengkritik dan menarik perhatian pengundi, mungkin kedudukannya akan berubah dan menyelamatkannya dari tersingkir di konsert ke-3 ni. Semoga Faisal dapat bawa lagu Sentuhan Kecundang tu dengan baik.

Untuk menyelamatkan Faisal dari tersingkir di konsert ke-3 ni, cepat-cepat AFUNDI FAISAL.

Salaaam…