Perjuangan Faisal di Akademi Fantasia berakhir di konsert minggu keempat. Walaupun terkeluar, persembahan Faisal bukanlah the worst performance untuk konsert keempat ni. Persembahan Faisal telah menunjukkan peningkatan berbanding konsert minggu lepas. Faisal keluar dengan bermaruah. Tersingkirnya Faisal pada minggu ini tak bermakna berakhirnya perjuangan dalam bidang seni. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. InsyaAllah rezeki Faisal masih ada di luar AF nanti.

Faisal Keluar Dengan Maruah

Mungkin terlalu lewat untuk Faisal meyakinkan para pengundi. Penonton bagaikan tidak mahu mengubah kedudukan Faisal di kedudukan terbawah sehingga diumum tersingkir pada Konsert Keempat Akademi Fantasia 6 sebentar tadi.

Faisal yang sebelum ini sentiasa bermasalah dengan nyanyiannya sehingga digelar ‘Tone Deaf’ telah menyebabkan Pengetua memberi amaran awal untuk menghentikan persembahan sekiranya wujud masalah serupa minggu ini. Pun begitu, lagu Joget Bunga Melati dendangan penyanyi asal, Halil Chik, berjaya disempurnakan Faisal malam ini mengikut piawaian Pengetua kepadanya.

http://www.astro.com.my/akademi_fantasia/