Lepas konsert kedua minggu lepas, kedudukan Faisal dalam Carta Pilihan Pengetua dah berubah. Sekarang kedudukan Faisal naik empat tangga dari kedudukan tercorot (14) ke tangga yang ke 10. Yang berada paling bawah dalam Carta Pilihan Pengetua ni ialah Naim. Ramalan pelajar yang terkeluar dalam diari EXT pun tiada yang meramal Faisal akan keluar. Tapi itu hanya ramalan. Semuanya terletak di tangan pengundi.
Walaupun tiada yang meramal Faisal akan keluar, Faisal masih berada di kedudukan yang tidak selesa dalam kedudukan AFUNDI. Keputusan terkini yang disiarkan dalam diari EXT kedua untuk minggu ketiga (4 April, 9.30 mlm) ni, Faisal ditempat yang paling bawah. Kedudukan Faisal ni mungkin bergantung kepada persembahan Faisal di konsert ke-3 malam esok. Kalau persembahannya ok, mendapat pujian pengkritik dan menarik perhatian pengundi, mungkin kedudukannya akan berubah dan menyelamatkannya dari tersingkir di konsert ke-3 ni. Semoga Faisal dapat bawa lagu Sentuhan Kecundang tu dengan baik.
Untuk menyelamatkan Faisal dari tersingkir di konsert ke-3 ni, cepat-cepat AFUNDI FAISAL.
Salaaam…
sgt takut dgn tajuk lagu ni.sentuhan kecundang. dulu2 budak af yg dapat lagu dgn tajuk2 ala nak menghalau ni, mesti terkeluar dari af minggu tu gak..pep andangan korang?
pulun abes2 vote faisal ek,huhu..n also visit my blog–>http://miszazie.blogspot.com/
Alhamdulillah Faisal terselamat mlm ni…
Walaupun persembahan mendapat kritikan pengkritik, tapi undian masih menyebelahinya…
tu lah.dah cuak jugak sebab persembahan faisal agak kureng berbanding minggu lepas.