Bismillah..

Ning - tebus dosa lalu, dah buktikan anda boleh lakukan, walaupun masih ada pitching problem, penguasaan pentas yang bagus, percaya pada diri.
Aidit - menyanyi seperti tidak mengikut band, tempo problem.
Adlin - kangkang 80 markah, lompat 10 markah. tahniah untuk awak.

Konsert AF minggu ini penulis tidak dapat mengikuti secara langsung di dewan. Sebabnya penulis berada di Melaka (bercuti). Namun dapat jua mengikuti walaupun hanya dengan suara sahaja. Terima kasih kepada Radio No 1 Malaysia. Keyakinan Faisal pada minggu ini semakin meningkat walaupun masih ada rasa sangsi ketika membuat persembahan.

Feel persembahan Faisal pula masih belum menyerlah. Nyanyian rock namun masih feelnya agak tenang.. Harap dapat diperbaiki lagi di kelas umi Fauziah. Isu lompat pentas pula.. Ramai yang beri feedback yang berbeza.. Ada yang kata basi, ada yang kata ok.. Bagi penulis, bentuk persembahan jika diberi kelainan, akan lebih menarik. Tak kisah lah berulang atau tidak. Gelek punggung Lufya dalam nyanyian dangdut pun adalah siaran ulangan daripada AF musim2 lalu juga kan? OK, no komen about pelajar yang lain. Mereka dah lakukan yang terbaik yang mereka mampu.

Suara.. dikatakan meniru.. Penulis tertanya-tanya, suara Ustaz Asri sama dengan suara Awie ek? Maybe kita boleh mintak Faisal mengaji dan kita akan katakan Faisal mengaji tiru suara Ustaz Hassan Azahari (Ayah Dato’ Jalaluddin Hassan). maybe lah kot.. Eh.. bias dah ni.. hahaha.. mesti la bias. Penulis sokong Faisal.. Dakwaan sesetengah pihak bahawa suaranya meniru penyanyi asal hanyalah dakwaan dan pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya tidak seperti Mawi yang kadang2 meniru suara Jamal Abdillah dan Heliza yang selalu meniru suara Dato’ CT.. (sowi ija.. nanti paan bagi cokolat ek).

Apa pun, keseluruhannya, persembahan Faisal minggu ini lebih baik daripada minggu lepas dan berjaya menawan semula hati peminat untuk mengundi Faisal. tahniah kepada Faisal dan tahniah kepada pengundi Faisal. Teruskan AFUNDI anda.