Komen Juri:
Ning: Anda mempunyai masalah pitching. Lagu ini mempunyai banyak pesanan dan mesej tetapi tiada dalam penyampaian anda. Berikan lebih perhatian kepada pendengaran muzik.
Ajai: Anda perlu berhati-hati agar tidak menghidapi ‘tone deaf’
Kak ogy: Anda tidak memahami lirik lagu hingga tidak dapat menyampaikan mesej lagu ini.
Komen Penulis:
Minggu pertama merupakan minggu yang sangatlah penting. Persembahan yang memuaskan hati juri, bakal menyelamatkan diri di Akademi. Seharusnya lagu2 nasyid boleh dibawa Faisal dengan agak mudah dan selesa. Namun, lagu yang dipilih tersangatlah berat kerana dinyanyikan oleh Ustaz Asri (Rabbani). Bayangkan lagu yang dinyanyikan oleh orang yang bisa digelar sifoo dalam industri nasyid ini.. lenggoknya, adlibnya, vibretonya.. Mungkin faisal boleh pilih lagu2 yang biasa Faisal nyanyi ketika di FE dulu. Just my 2 cents.
Untuk minggu kedua, penulis berharap Faisal dapat memulihkan apa yang telah goyah, demi diri, dan juga peminat serta pengundi Faisal. Penulis tahu, Faisal mempunyai disiplin menuntut ilmu yang baik. Dan juga jangan kekok dengan tarian terutamanya tarian Menuju Puncak. Penulis melihat Faisal agak kekok ketika menari Menuju Puncak. OK.. all the best!! Salaammmm….
memula dia nyanyi dah dengar mcm lain mcm je tone dia…sayang rasanya sbb lagu ni makanan dia n persembahan pertama mmg bagi saya penting sangat utk org ramai menilai bagi memulakan undian…hope yg terbaik utk minggu dpn…
salam!!!!
En firdee awat tak dtg
Salam…
Lagu tu memang susah nak bawak la. Suara power mcm Ustaz Asri je bleh bawak lagu tuh. Lagipun, susah nak nyanyi lagu nasyid sorang2 sbb lagu nasyid biasanya bekumpulan, suara harmoni. Sorang2 nyanyi, semput la jugak.
Harap2 Faisal akan buat yang lebih baik minggu selepas ini.
thanks nini bagi feedback.. saya baru setel buat ulasan.. hihi
Hihi…
Tentang tarian tu rasanya takde masalah kot. Mawi yang ‘kayu’ suatu masa dulu pun, boleh menari dengan baik.
Kalau compare dengan tarian Menuju Puncak Mawi masa di awal konsert AF3 dulu rasanya tarian Faisal yang ni lebih baik la.
yup, setuju dengan tarian tu.. cuma Faisal nampak seperti x confident, step ada, cuma tak begitu bersungguh melakukannya..